Kami sudah berpindah ke http://lawakcamharam.com

Monday, July 30, 2012

Asal usul komputer


Macam ni la persenyawaan sebuah komputer....

Sunday, July 29, 2012

Bakat yang unik

Lawak BOBOI : 1st time BOBOI




Lawak Boboi : Ucapan Raya

Leh tahan gak lawak boboi cam harem ni..


Petron Failed

Failed la Gambar petron ni...


Kanak kanak 90-an mesti tahu cerita ni...

Sang kancil dan monyet..





Sang kancil dan Buaya






Sang kancil, kerbau dan buaya


Saturday, July 28, 2012

Pelayan cam haram


Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang bertulis “SARAPAN PAGI ISTIMEWA”, dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut. Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan.

Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut “Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? “Lidah ayam bakar”, pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! “Lidah ayam bakar?? Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!” kata lelaki tersebut.

Kemudian pelayan tersebut bertanya “Kalau begitu encik mahu sarapan apa? “Bawakan saya telur rebus!” jawab lelaki tersebut. “Itukan dari ‘bontot” ayam!” jawab pelayan dengan selamba.

Suri rumah yang pandai


Makan Semut

Ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

Suri rumah:Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!
Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.
Suri rumah:Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.
Doktor :Apa?????Cepat bawa dia ke hospital!

Orang Asli



Cerita ini berlaku disatu perkampungan orang asli sewaktu sekumpulan askar datang membuat rondaan di kampung itu..Tiba2 sekumpulan askar itu terjumpa sungai..Ditepi sungai itu ada 3 orang asli yang sedang asyik menghisap rokok surya..

Askar ini sebenarnya lapar dan mahu menangkap ikan di dalam sungai itu untuk dipanggang..Seorang daripada askar itu pun menghampiri 3 orang asli itu untuk memberitahu yang hajatnya mahu menangkap ikan di dalam sungai itu..Yer la kan..Kena la minta izin dulu..Mane la tahu ada buaya dalam sungai tu..haha..

Askar : Tok..Banyak tak ikan dalam sungai ini???

Orang asli : Entahlah.. Saya tak kira plak ikan ikan dalam sungai ni... tak tau la ada berapa ekor ikan..

Jurujual cam haram


Si penjual telur

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Murid yang confident


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

"UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK..."

Mamat yang confident..


Mamat dan Minah telah melangsungkan perkahwinannya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah, bapa mertua Mamat, bapa Minah lah tuu, mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam.

Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat ker?rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji.

Thursday, July 26, 2012

Malek KL Gangster cam haram

Malek KL Gangster cam haram...

cara bacaan dari kiri ke kanan 
dan kebawah kiri balik.

Wednesday, July 25, 2012

Funny pic



Tuesday, July 24, 2012

10 Rude Malaysian Habits


10 Rude Malaysian Habits

Click on the picture to zoom

Ultrasound Funny

Baby dalam perut pun dah pandai wat lawak.....

hihihiiihihi....














hiehiheiheihei.... macam2.... alien pun ada...


LHDN wat lawak plak..


Dikatakan kisah yang kami tuliskan kali ini adalah KISAH BENAR yang pernah berlaku ke atas seorang pekerja swasta. Sejauh mana kebenaran tersebut tidak pula diketahui. Apa-apa pun, jom layan kisah tersebut.

Seorang pekerja swasta telah membuat panggilan ke LHDN dan bertanyakan Form ‘B’. Salah seorang kerani LHDN telah menjawab panggilan tersebut dan bertanyakan alamat bagi membolehkan borang tersebut dihantar dan berikut adalah perbualan mereka :-

Kerani LHDN : Boleh bagi alamat encik?
Pekerja Swasta : Ok, hantar ke Ranhill Worley di opis saya.
Kerani LHDN : Apa Ranhill? …… eja macam mana?
Pekerja Swasta : R.A.N.H.I.L.L eja dia camni : ‘R’.. untuk Rumah… ‘A’ untuk Ayam .. ‘N’ untuk Nangka… ‘H’ untuk Holland … ‘I’ untuk itik.. ‘L.L’ untuk lain- lain….’
Kerani LHDN : Ok.. nanti kami hantar ke alamat itu


Selepas seminggu, borang tersebut pun sampai – jom tengok alamat di sampul surat








klik pada gambar untuk lihat lebih besar...



Pak Pandir : Beli Mangga


Pada suatu hari Pak pandir sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"

Pak Pandir : Doa sebelum makan


Di suatu petang yang cerah, Pak Pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa. Antara ceramah  nya adalah membaca doa sebelum makan.

"Ya tuan-tuan... sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang," kata ustaz itu.

Lalu Pak Pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tu. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali.
Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?"

"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka setan tu...  terberak-berak makan julap... puas ati aku... muahahahahahaha!
Sesungguhnya, niat Pak Pandir memang suci. Lagi pun, bulan puasa mana ader setan kan ? Suma dah kena penjara... heeee!
Salam Ramadan dan Selamat Berbuka Puasa.

Monday, July 23, 2012

Haiwan pun pose gak...

Hahhaaaha.... igt korang je pose... haiwan2 ni pun pose gak..... 
kehkehkeh...






credit to owner picture as state in picture.

3 sekawan..


Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….

si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.

si A mula bercerita….

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar
tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah
sampai kat tingkat 20.

Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu
bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi
sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?

si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…

si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….
UWAAAAAAAAAAAAAAA

Saturday, July 21, 2012

Sempena puasa

Niat...







Monday, July 16, 2012

Funny Cat








Klaka giler perangai kucing seko2 ni...



credit to owner picture as state on picture

Sunday, July 15, 2012

Funny Sport




















kredit to owner picture..

Search This Blog