Tuesday, July 10, 2012
Karipap
"Harga Karipap"
Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.
"Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?". Tanya gurunya.
"RM 1 cikgu!". jawabmurid itu spontan.
"salah tu". tegur si guru penuh kasih sayang.
"mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul.
Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?". Amer tetap memberi jawapan RM1. "Salah tu Amer,cuba kira betul-betul". Respon si guru dengan sabar.
"Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
"kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!"
Labels:
Karipap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment